BIAR JASA JADI KENANGAN HIJAU KUNING LAMBANG KEMEGAHAN:KEDAH SONG

Thursday, May 29, 2008

TUAH BADRUL BAKHTIAR BERLATIH DI CHEALSE



Tuah ayam nampak dikaki,tuah badrul siapa yang tahu. Pemilihan Badrul Bakhtiar selaku pemain sayap pasukan negeri kedah memperlihatkan keupayaan pasukan Negeri Kedah Darul Aman dalam melahirkan pemain yang berkualiti.

Thursday, May 22, 2008

KEDAH ANTARA KELAB TERBAIK

KUALA LUMPUR - Kejayaan merangkul ke- juaraan Liga Su- per dan persem- bahan cemer- lang dalam Pi- ala AFC membolehkan pasukan bola sepak Kedah berada di kedudukan 145 kelab dunia dalam rangking Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabang- sa (IFFHS).

Lebih membanggakan kedudukan Kedah itu lebih baik berbanding kedudukan kelab bola sepak Eropah yang yang ternama seperti Aston Villa (156), Ajax Amsterdam (169), Manchester City (217) dan AS Monaco (282).

Rangking yang diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu menunjukkan kedudukan kelab bola sepak seluruh dunia dan pungutan mata berdasarkan pencapaian kelab di kejohanan utama termasuk liga domestik.

Bulan lalu, Kedah berada di kedudukan 266 dan melonjak 121 anak tangga dengan mengumpul 95 mata berkongsi mata dan kedudukan dengan sebuah lagi kelab ternama di Eropah, Feyenoord.

Dalam pada itu, Perak, turut melonjak 214 anak tangga menduduki tangga ke-264 daripada kedudukan 478 pada bulan lalu.

Sementara itu dua pasukan kelab serantau dari Singapura, Angkatan Tentera Singapura berada di tangga ke-81 manakala Home United FC menghuni tempat ke- 98.

Pasukan Liga Perdana England, Manchester United mengungguli rangking berkenaan di tangga teratas, diikuti Chelsea di tempat kedua dan Barcelona di tangga ketiga.

Kedudukan rangking kelab dunia itu boleh dilayari di lama web www.iffhs.de.

Friday, May 16, 2008

Kedah vs Home United




Stadium Aman terus menjadi gelanggang keramat buat pasukan Hijau Kuning setelah membenam pasukan dari Singapura dengan jaringan 4-1. Walaupun tersentak dengan seawal minit ke-4 pasukan tuan rumah tidak berputus asa dan terus menggandakan usaha sehingga berjaya menghasilkan jaringan pada minit ke-40.
Kita menang! namun permainan pasukan kita pada malam tersebut kurang mantap dari permainan yang sebelumnya. kemungkinan Kita mungkin terasa sedikit gugup atau dipengaruhi oleh rehat yang panjang. Rasanyalah bilalah tempo permainan kita akan berubah, dari tempo permainan yang perlahan kepada tempo yang lebih laju. Insyaalah membuat sesuatu peubahan memang susah tapi dengan azam dan usaha insyallah kita mampu.
Dek permainan diatas padang asli menyaksikan ramai pemain Home united yang pancit. Mereka garang di separuh masa pertama tetapi gagal mencapai Climaks pada separuh masa kedua. Inilah kebijaksanaan Jurulatih Pasukan Kedah yang bijak membaca keadaan musuh. Tahniah diucapkan. Home United cuba mempamerkan permainan pantas namun faktor padang yang menjadi penghalang mereka.
Badrol Bakhtiar agak menyengat dan cuba menterjemahkan apa yang di pelajari di Chealse dalam perlawanan tersebut. Beliau cuba bermain one touch tetapi agak tergendala kerana rakan-rakan masih belum dapat membaca kehendak beliau. Kita yakin Pada perlawanan seterusnya rakan-rakan sepasukan dapat memberi kerjasama pada Badrol. Selamat berjuang sang kenari.

Sunday, May 4, 2008

PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merupakan sebuah pasukan yang mewakili Negeri Kedah Darul Aman dalam menyertai pertandingan Bola Sepak Malaysia. Berpengkalan Di Stadium Darul Aman Alor Star,Kedah adalah pasukan yang telah menjuarai pertandingan Liga Super Malaysia (2007 & 2008).Selain itu, kedah juga turut merangkul kejuaran Piala Malaysia sebanyak tiga kali (1990,1993 & 2007) dan Piala FA dua kali(1996 & 2007).
KEJUARAAN
Kejohanan Menang Kelayakan
Liga Kejuaraan AFC 1994 (pusingan 1-Asian Club Cup)
Piala AFC 2008 (Layak untuk Pusingan Kedua)
Piala Malaysia (3x) 1990, 1993, 2007 1940, 1987, 1988, 1989, 1992, 2004
Divisyen 1, Liga Perdana,
Liga Super (3x) 1993, 2007, 2008 1994, 1996, 1997, 2003
Divisyen 2, Primier 2,
Liga Perdana (3x) 1992, 2002, 2006 2005 (Group A)
Piala FA(2x) 1996, 2007
Malaysian Charity Shield (2x) 1991, 1994 1997, 2008

Bersambung........
episod 1

Friday, May 2, 2008

Sejarah Kedah

Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 14 negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2.
Kebanyakan penduduk Kedah adalah orang Melayu, dan sedikit orang Cina dan India. Anggaran populasi mengikut kaum pada 2003 ialah: Melayu (1,336,352), Cina (252,987), India (122,911), Bukan warganegara (35,293), Lain-lain (27,532).
Negeri Kedah terbahagi kepada 11 daerah iaitu :-
Baling
Bandar Bahru
Kota Setar
Kuala Muda
Kubang Pasu
Kulim
Langkawi
Padang Terap
Pendang
Sik
Yan
Bandar utama di Kedah adalah Alor Star (ibu negeri), Kulim, Jitra, Sungai Petani, Kuah dan Kuala Nerang.
Sultan Negeri Kedah merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).
EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.
Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.
Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.
Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).
Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya
Garis masa Kesultanan Kedah
1136: Sultan Al-Mudzafar Shah I (1136 - 1179)
1179: Sultan Mu'adzam Shah (1179 - 1202)
1202: Sultan Muhammad Shah (1202 - 1236)
1236: Sultan Muzzil Shah (1236 - 1280)
1280: Sultan Mahmud Shah (1280 - 1321)
1321: Sultan Ibrahim Shah (1321 - 1373)
1373: Sultan Sulaiman Shah I (1373 - 1423)
1423: Sultan Ataullah Muhammad Shah I (1423 - 1473)
1473: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah I (1473 - 1506)
1506: Sultan Mahmud Shah II (1506 - 1547)
1547: Sultan Mudzaffar Shah II (1547 - 1602)
1602: Sultan Sulaiman Shah II (1602 - 1626)
1626: Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1626 - 1652)
1652: Sultan Muhyiddin Mansor Shah (1652 - 1662)
1662: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I (1662 - 1688)
1688: Sultan Ataullah Muhammad Shah II (1688 - 1698)
1698: Sultan Abdullah Mu'adzam Shah I (1698 - 1706)
1706: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I (1706 - 1710)
1710: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710 - 1778)
1778: Sultan Abdullah Mukarram Shah II (1778 - 1797)
1797: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II (1797 - 1804)
1804: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804 - 1845)
1845: Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (1845 - 1854)
1854: Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II (1854 - 1879)
1879: Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (1879 - 1881)
1882: Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 - 1943)
1943: Sultan Badlishah (1943 - 1958)
1958: Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah (1958 -)